"Wahai air mata, keringlah...!"

(Bhg. 1- Allahyarham Ahmad Azizul Bin Haji Mahmood/ Azmi / Mi)

Isnin, 9 Mei 2011.


Separuh jiwaku hilang.

Jantungku bagaikan dipalu.

Jejari tangan bergetaran.

Air mata bercucuran.

Aku bagaikan berada di awangan. Bermimpikah aku?



Ya Allah! Ujian kecil-Mu ini amat besar buat jiwa kami yang kerdil.

Ya Rabbi! Seakan baru semalam lelaki paling istimewa hilang daripada pangkuan kami.

Kini ‘Si Kecil’ ini pula lenyap daripada pandangan kami…


Anganan ku agar ‘Si Bongsu’ ini yang membantu di liang lahatku suatu hari nanti sudahpun terkubur bersama jasadnya.



Dugaan ini amat menguji kami Ya Allah…

Sememangnya kami tidak menduga...

Sungguh tidak terduga…


“Wahai air mata, keringlah…!" Pujuklah hati kerana ujian ini sekadar menguji tahap kecintaan kami terhadap-Nya”

“Aduhai hati, bersabarlah…, setiap milikan kita bukanlah hak mutlak. Redhakan pinjaman itu kembali kepada hak-Nya"



Pergi…

pergi…

pergilah Mi.


Kepergian mu yang abadi sudah tertulis di Luh Mahfuz. Tidak sesaat pun dapat ditangguh. Tidak siapa pun dapat menghalang ketentuan-Nya.


Semoga budi baik, rasa hormat dan kasih sayang mu terhadap kedua Ibu Bapa mu menjadi perisai ampuh buat mu di Padang Mahsyar. Jika mulutku berbicara dusta, Mata dan Telingaku ini bersedia menjadi saksi mu Dik…





Allahyarham Ahmad Azizul Bin Mahmood (panggilan keluarga : Azmi / Mi) berusia 31 tahun telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis, 21hb April 2011, jam 5.30 petang di Batam, Indonesia kerana Demam panas.

Al-Fatihah.


Al-Kisahnya..., Kita hanya merancang, DIA yang menentukan. Sekuat mana perasaan memiliki yang kita ada, walau sedalam mana kasih dan sayang kita ke atas hak milik kita, sedarilah bahawa semuanya itu hanyalah pinjaman sementara...

16 comments:

echah_syed said...

yong...apa yg kita miliki hanyalah pinjaman sahaja.jika begitu kehendaknya apa kan daya kita.semoga arwah ditempatkan bersama org yg dikasihinya.amin

kirim salam dgn opah midah ye.sesungguhnya kita dapat merasai apa yg beliau rasai kini kerana kita jugak seorang ibu.

Pn. Liza Mahmood said...

Ameen... Memang benar, apa yg kita katakan milik kita semuanya hanyalah pinjaman.

Salam Yong kpd Mak akan disampaikan, InsyaAllah.

Terima kasih Yong.

Fadzli Amir said...

Alfatihah...hanya org yg diuji keimanannya saja yg betul2 beriman....semoga tabah ye kak...

Pn. Liza Mahmood said...

Terima kasih Fadzli,
Kami masih menyemai rasa tabah & meredhakan kepergian Adik.

Cuma Emak Akak tu la dari 21/4 hingga ke hari ini masih belum kering air mata - Kasih seorang Ibu kepada anak bongsu... begitu rupanya...

MulutPayau said...

Assalamualaikum....

Al-Fatihah....Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...

Semoga sntiasa tabah dan sabar mnghadapi ujian dariNYA....

Pn. Liza Mahmood said...

Terima kasih MP, Ameen...

Terima kasih jg kerana sudi menjengah di blog Akak ni.

Semoga ceria seisi keluarga.

Kakcik Seroja said...

Sebesar man kasih kita, besar lagi kasih Ilahi. Semoga rohnya tenteram di sana. Amin.

Pn. Liza Mahmood said...

Betul tu Kakcik. Ameen...

anntaj said...

semoga ditempatkan di kalangan org beriman, amin~

Pn. Liza Mahmood said...

Anntaj, Terima kasih.
Ameen...

eliyaezlinalias said...

Salam.....muhasabah yg baik...
mekasih krn sudi bkongsi cerita yg menginsafkan...

Pn. Liza Mahmood said...

Waalaikumussalam Eliya,

Sama-sama. Terima kasih kembali di atas kesudian menjengah di laman ini.

akuzle ayu said...

al-fatihah buat arwah Mi.. sebagai ibu, sy berkongsi rasa...tp, tidak dpt nk bygkan kesedihan puan...sesungguhnyer....

Pn. Liza Mahmood said...

Terima kasih sudi bertandang & berkongsi rasa Cikgu Akuzle Ayu.

Melihat Mak saya lebih 6 bulan berendam air mata mencium pakaian arwah cukup mengajar saya erti sebuah kasih sayang, kehilangan & kerinduan. Perasaan itu tidak dapat dicatatkan di atas kertas, tiada di dlm kamus...

aku budak klang said...

al-fatihah..semuga roh beliau dirahmati Allah dan ditempatkan bersama org2 yang beriman...tak dapat ABK bayangkan perasaan Emak arwah kasih ibu sepanjang zaman....semuga tabah ye

Pn. Liza Mahmood said...

Terima kasih ABK.