Ada yang sudah tiada, ada yang masih ada...
Ya, memang betullah tu... Ada yang sudah tiada, ada yang masih ada lagi, InsyaAllah.
Jom tengok apa yang masih ada :-
Yang berikut ini sudah tiada :-
Yang lain masih ada lagi...
Silakan menjengah ke Busana Muslimah kami yang diimport terus dari Negara Vietnam yang terkenal dengan hasil tangan yang kemas dan teliti.
Sudi-sudikan...
Busana Muslimah Khas Hari Raya Aidilfitri
Siapa kata tak sempat nak shopping raya?
Ramadhan Al-Mubarak sudahpun di pertengahan, Hari Raya Aidilfitri bakal menjengah. Masih ada yang belum berbaju raya?
Silakan menjengah ke Busana Muslimah kami yang diimport terus dari Negara Vietnam yang terkenal dengan hasil tangan yang kemas dan teliti.
Sudi-sudikan...
"Wahai air mata, keringlah...!"
Isnin, 9 Mei 2011.
Separuh jiwaku hilang.
Jantungku bagaikan dipalu.
Jejari tangan bergetaran.
Air mata bercucuran.
Aku bagaikan berada di awangan. Bermimpikah aku?
Ya Allah! Ujian kecil-Mu ini amat besar buat jiwa kami yang kerdil.
Ya Rabbi! Seakan baru semalam lelaki paling istimewa hilang daripada pangkuan kami.
Kini ‘Si Kecil’ ini pula lenyap daripada pandangan kami…
Anganan ku agar ‘Si Bongsu’ ini yang membantu di liang lahatku suatu hari nanti sudahpun terkubur bersama jasadnya.
Dugaan ini amat menguji kami Ya Allah…
Sememangnya kami tidak menduga...
Sungguh tidak terduga…
“Aduhai hati, bersabarlah…, setiap milikan kita bukanlah hak mutlak. Redhakan pinjaman itu kembali kepada hak-Nya"
Pergi…
pergi…
pergilah Mi.
Kepergian mu yang abadi sudah tertulis di Luh Mahfuz. Tidak sesaat pun dapat ditangguh. Tidak siapa pun dapat menghalang ketentuan-Nya.
Semoga budi baik, rasa hormat dan kasih sayang mu terhadap kedua Ibu Bapa mu menjadi perisai ampuh buat mu di Padang Mahsyar. Jika mulutku berbicara dusta, Mata dan Telingaku ini bersedia menjadi saksi mu Dik…
Allahyarham Ahmad Azizul Bin Mahmood (panggilan keluarga : Azmi / Mi) berusia 31 tahun telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis, 21hb April 2011, jam 5.30 petang di Batam, Indonesia kerana Demam panas.
Al-Fatihah.