Busana Muslimah Khas Hari Raya Aidilfitri

Khamis, 18/8/2011 (18 Ramadhan 1432H)

Siapa kata tak sempat nak shopping raya?

Ramadhan Al-Mubarak sudahpun di pertengahan, Hari Raya Aidilfitri bakal menjengah. Masih ada yang belum berbaju raya?

Silakan menjengah ke
Busana Muslimah kami yang diimport terus dari Negara Vietnam yang terkenal dengan hasil tangan yang kemas dan teliti.

Sudi-sudikan...

2 comments:

Ros said...

assalammualaikum wrt wbt

tahniah za...
penjualan produk busana muslimah, satu usaha yang baik. menambahkan pusat sehenti pengguna dengan lebih banyak pilihan dan dapat memilih yang benar-benar terbaik.

kelihatan busana tu cantik-cantik dan penuh manik dan harga juga sangat menarik. kat sri muda ni kalau nak tempah jahit manik kat tepi tangan baju kurung (single line) je upahnya rm35.00. kalau nak jahit lebih di dada tambah lagi rm100-150.

busana siap memang pilihan yang tepat. semoga biznes terus maju.

za...
ada tak mama zara datang beli kurma? katanya tak ada kurma yang boleh lawan mariami gred A tu...

lagi satu...
kat Az-Zain dah habis sambal tumis / bilis, cepat hantar stok.

salam ramadhan al-mubarak.

Pn. Liza Mahmood said...

Waalaikumussalam,

Terima kasih!
Moga-moga disukai & memenuhi kehendak pelanggan, InsyaAllah.

Jahitan manik memang kerja rumit & perlukan penelitian - memang sepatutnya kerja kreatif tersebut diberi imbuhan yg sewajarnya. Kerja renyah tu Yonggg..

Oh! Mama Zara dah dtg hari Ahad kelmarin beli Kurma Mariami A 1kg, katanya deme anak beranak berbuka dgn 5 biji Kurma tiap seorang tu pasal yang sekilo beli hari dah habis... Alhamdulillah.

Udah abis?? Nanti tengok schedule dulu bila blh menumis sambal utk. stok baru - Terima kasih dgn makluman...