Aktiviti


Hati berbunga jika berkesempatan menghadiri kursus motivasi, seminar, kelas memasak dan lain-lain.  Sekiranya berkesempatan dan bersesuaian dengan minat, saya akan menghadirkan diri bagi mengikuti aktiviti yang membantu dan mendatangkan manfaat di dalam kehidupan seharian.



KURSUS PENJENAMAAN, PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

Ini adalah kursus Penjenamaan, Pembungkusan dan Perlabelan produk di Jabatan Pertanian Daerah Petaling dan Gombak pada 05/05/2010. 



Perasmian oleh En. Azmi Muhamad, Penolong Pegawai Pertanian



Kertas kerja dibentangkan oleh En. Muhamad Shaarani Yusof dari SULAMAN GADING ENTERPRISE.




Produk kami diberi komen yang cukup membina.








Kumpulan "Naga Merah" Dari depan, Kak Yong (Yong Spices) : Produk pes rendang, Pn. Rahmah : Produk kerepek dan frozen (baju oren), Pn. Napsiah (Jana Rasa Warisan) : Produk kuih talam, tradisional dan kek Kukus, En Ismail (Perniagaan Luas) : Produk minuman soya, Pn. Liza Mahmood (Ummu Farhan Enterprise) : Produk sambal tumis ikan bilis, madu , kurma dll., Pn. Rosnah Mahmood (Al-Ukhuwah Resources) : Produk bakeri dan coklat.



Contoh perlabelan yang direka oleh para peserta.  En. Shaarani memberi ulasan yang membina sebagai panduan. 





Bersama kakak - Jika tiada halangan dan punyai 'jodoh', kami pasti seiringan - Mendalami apa yang menjadi kecintaan kami. 





Bergambar ramai sebagai kenang-kenangan. Kesemua peserta telah mempunyai produk sendiri.



Segala ilmu yang diberi amat kami hargai.  Bimbingan yang berterusan amat diharapkan agar tercapai sasaran yang diidami..





                          



KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN



Kursus Pengendalian dan Penyediaan Makanan merupakan  kursus WAJIB bagi setiap pengendali makanan.  Bukan hanya para peniaga yang terlibat di bidang makanan sahaja, malah para Ibu yang menyediakan masakan jika berkelapangan boleh menghadirinya - Biar makanan yang bersih lagi baik dihidangkan buat keluarga yang kita sayangi. 

Kursus bertempat di Cafe Zara, Seksyen 13, Shah Alam yang dikendalikan oleh En. Isa daripada Prime Business Solutions.  Kursus ini hanya perlu diambil sekali seumur hidup. 









Penceramah oleh En. Mohd Haidres Syahali dari PRIME BUSINESS SOLUTIONS





 



Dari kanan : Pn. Rosnah Mahmood,  Pn. Liza Mahmood dan Pn. Rosmi. Cafe Zara menjalankan tanggungjawab dengan menghantar perkerja-pekerjanya menghadiri kursus ini.



Di akhir sesi, kami dikehendaki menjawab kertas soalan bagi menguji tahap kefahaman peserta.  Syukur, telah lulus dan mendapat Sijil Kursus.








KELAS ROTI DAN PUFF


Kebetulan punya masa senggang pada hari Sabtu dan yuran yang dikenakan amat minimum, maka Kelas Roti dan Puff di K-Shoppe anjuran FAMA  aku hadiri.  Puff yang lembut dan rangup itu rupa-rupanya agak rumit pembuatannya.

Kalau tidak sabar dan hilang minat rentikanlah Mannnn.... Moh kita ke Kedai Chef Shahrul Niza di  BREADCRAFTERS, Lot E-01-07, Jalan SM2, Taman Subang Mas 47/620, Pinggiran USJ, Selangor.

Untuk pengetahuan. puff perlu direhatkan selama 3 hari baru ianya dibentuk dan dibakar. Wow! 3 hari..., boleh meleleh air liur dan yang paling pasti peluh menitik-nitik....

Okey......mari kita lihat aktiviti ini....



Ini Pembuatan Roti


                                          


 




 





Ini Pembuatan Puff

Untuk Pengetahuan, kalau nak buat puff secara manual gunakan kayu penggelek yang saiz besar. Saya baru pertama kali tengok penggelek yang besar ni......



Puff ni kaedahnya lipat tiga kemudian gelek, rehatkan dlm chiller semalaman (sekurang-kurangnya 1-2jam). Keluarkan ulang lipat, gelek lagi dan rehatkan di dlm chiller sebanyak 3 kali tidak termasuk lipatan yang pertama (lipat yang pertama tdk perlu direhatkan di dalam chiller).








Ini bukan langkah penuh pembuatan puff......ia hanya sebagai gambaran untuk panduan pembuat puff. Nak cuba....silakan.






Bergambar dengan Kak Ros, Chef Shahrul dan isterinya Nurull Hayati.

No comments: