Gay? Kenapa sayang....???

9 Dis 2010



Kesinambungan daripada input Mazidul Akmal Sidik di sini aku terpanggil untuk mencatatkan suara hatiku buat adik-adik yang Islam agamanya, Allah s.w.t. Tuhannya dan Nabi Muhammad Rasulnya.


Untuk adik-adik semua, begini pendapat daripada Kak Liza :-

Tidak salah bernafsu tetapi hendaklah dilampiaskan kepada yang hak, setelah cukup syarat-syaratnya dan mengikut syariat.

Apa yang kalian lakukan itu memang sedap dan seronok bagi yang tahu menikmatinya, tetapi jangan lupa ianya tidak sedap dipandang dan tidak seronok diketahui oleh insan yang seagama tetapi tidak sealiran dengan kalian. Hati kita sama, tetapi tidak serupa.

Ya, kalian khilaf di mata kami dan kami amat sedar kalian kecil hati dengan ketidakfahaman kami terhadap naluri kalian.

Tetapi bukankah kita bersaudara? Berlandaskan Islam yang syumul dan sebagai tanda sayang sesama kita, tegur-menegur adalah 'bunga jiwa'. Kesudian menerima teguran dan mengakui kekhilafan diri adalah 'madu dan susu' kepada hati.



Adik-adik, kenapa terlibat di alam Gay?
Adakah :-
  • "Ala, kalau aku kawan dengan anak dara, bila nafsu bergelora aku tak sanggup la nak rosakkan anak dara orang. Kalau sesama kaum tak luak apa-apa pun..."
  • "Cuba ngko jawab, kalau berkawan dengan perempuan bukan ke diaorang nak kita cepat-cepat kahwin dengan diaorang?" "Aku mana cukup duit lagi, kerjapun baru 3 bulan dowh..." "Kalau dengan kita-kita ni kan senang..., takde komitmen..."
  • "Perempuan lecehlah... sikit-sikit merajuk cam mangkuk tingkat, sikit-sikit cemburu cam senduk bengkok!" "Aku tak retilah nak jadi plastik... aku ORI tau... ngko tak nampak ke?" "Eh, ngko buta yek?"
  • "Aku sebenarnya straight, tapi si Cipan tu kawan aku dunia akhirat, bila aku sempit duit dia ringankan, bila aku rungsing frust menonggeng dengan si N badan kerengga dia tenangkan, bila aku menangis nyaris tak buta dek ditinggalkan si Z pun dia yang tiup semangat." "Walaupun aku terkejut kali pertama dia bawak aku kat Kelab ni tapi... mengenangkan budi si Cipan, aku pasrah..."
  • "Inilah zaman millenium! Rugi kalau tak enjoy menikmati syurga dunia... Hidup hanya sekali..." "Nanti aku berubahlah, aku ingat lagi Cikgu BM misai melintang kata "sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pulak hati orang..."



Adik-adik,

Jika 'hijrah' kalian kerana salah satu sebab yang tercatat di atas, kalian adalah hebat! Tidak bermakna ianya bagus tetapi kita tidak perlu menjadi hebat di dalam kapasiti itu semata-mata untuk didebatkan.


Tiada siapa di antara kita di muka bumi ini yang tidak pernah melakukan kekhilafan. Samada sedar mahupun di bawah sedar kita sering melakukan perkara yang bathil. Maka, hari ini, di saat ini, berlandaskan kepada agama yang kita sayangi, maka Hijrahkanlah jasad, roh dan naluri adik-adik kepada yang hakiki.



Tiada istilah "semuanya sudah terlambat". Cepat atau lambat, mahu atau tidak bukan ukuran untuk kita keluar daripada 'comfort zone' yang sebenarnya lebih hangat daripada dingin. Sekarang! Ya, sekarang. It's now or never! (pinjam kata salah seorang motivator K.Liza, Dr. Azizan Osman).



Minta maaf jika tiada satupun perkara di atas menepati alam bak 'kasturi' yang kalian huni kini.


Buat seorang atau dua yang terdetik hati mahu memulakan lembaran baru di Ma'al Hijrah ini mari kita cuba satu teknik yang Kak Liza adaptasikan daripada ajaran motivator dan digabungkan dengan teknik K. Liza sendiri :-

Duduk di atas kerusi dengan selesa, tapak kaki rata di lantai, kedua tangan di sisi atau di atas peha lalu ikuti langkah-langkah berikut :-
  • Pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam dengan perlahan kemudian hembuskan perlahan-lahan. Ulangi beberapa kali hingga anda berasa tenang dan relaks.
  • Ucap Syahadah/Mengucap berulang kali di dalam hati dengan perlahan-lahan hingga bergerak lidah dan bibir hingga telinga mendengar suara sendiri. Rasakan getar Syahadah itu hingga ianya menyatu di dalam hati dan menggetarkan jantung anda.
  • Pasang niat untuk berubah ke arah kebaikan dan setkan target anda dengan lengkap. Contoh : "Aku, Muhammad Yusuf Bin Muhammad Ali pada hari ini 9hb Disember 2010, jam 10 pagi mahu mengubah cara hidupku daripada X kepada Y dan sesungguhnya aku memohon rahmat dan hidayah-Mu menunjukkan aku ke jalan yang benar Ya Allah". Ulangi sehingga anda benar-benar merasai getarannya. Jika anda benar-benar insaf dan merasai getarannya, air mata akan menitis secara semulajadi.
Cubalah, InsyaAllah...


Al-kisahnya..., Setiap tanda pangkah boleh berubah menjadi tanda rait (betul ke ejaan ni?), Setiap gelengan mungkin menjadi anggukan, setiap yang rutin boleh sahaja diabai kerana berfikir 2X itu orang yang bijak...

21 comments:

Kakcik Seroja said...

As Salam Liza...

kakcik punya empat anak lelaki yang menginjak remaja/dewasa. Takut dan ngilunya hati ini sebagai seorang ibu memikirkan segala gejala yang mengerikan ini. Na'uzubillahhiminzalik.

Pn. Liza Mahmood said...

Waalaikumussalam Kakcik,

Terima kasih kerana sudi menjengah & memberikan komen di laman ini.

Betul tu Kakcik, saya dpt merasai kerisauan itu kerana saya pun punyai teruna & dara yg susah nak saya jangka masa depannya. Kalaulah hijab terbuka memaparkan jadual & untung nasib kehidupan kita sekeluarga yg tlh DIA tentukan, alangkah mudah ye tak? Sama2 kita panjatkan Doa...

AzeedA said...

salam pn liza :)
saya suka sgt2 cara pn liza 'menegur'.. lembut tp tegas!
mohon kita semua + keluarga dilindungi Allah dari perkara2 yg mungkar sebegini.. amiinnn...

Pn. Liza Mahmood said...

Waalaikumussalam AzeedA,

Terima Kasih & salam perkenalan dr Kak Liza buat AzeedA.

Moga2 teguran memberi hikmah buat si pelaku. Sama-sama kita berdoa agar keluarga kita tdk terbabit sama.

Pada pendapat K.Liza, pihak Kerajaan WAJIB menjadikan permasalahan sosial ini sbg agenda penting utk segera ditangani. Nasi, walau sudah menjadi bubur msh boleh kita jamah - Makanya, tiada alasan utk mengatakan semuanya sudah terlambat. Kalau hendak seribu daya, InsyaAllah...

azieazah said...

Salam LIZA.
Memang masa baca kisah ini di Metro semalam, terperanjat kami semua di tempat kerja.
Geleng kepala sedih dan kesal.

Dan kemudian bimbang dengan keluarga sendiri pula...

Pn. Liza Mahmood said...

Waalaikumussalam Kak Azie,

Terima kasih sudi menjengah laman saya, sudi pula beri komen sulong tu haa...

Tu la, sbg Ibu selain drp memantau & nasihatkan anak2, doalah yg menjadi senjata ampuh kita, mudah-mudahan dimakbulkan...

echah_syed said...

yezzaaa...!

tahniah.maju dan terus maju gitu.cewahhh :D

yong...teman curik-curik online sedangkan banyak keje belum settle lagi ni.adedeh bila balik bercuti rumah jadi sarang cicak bertelur.geramnya kat sang cicak serta keturunan ishhh.

terima kasih diatas segalanya dan semuanya menjadi kenangan yg paaaaaling manis (*.*)

Pn. Liza Mahmood said...

Yongggg..., TERIMA KASIH!

Tu le dah tua lagi benak baru nak belajo... Tp x ngape Teman usahakan terus walaupun lembab ya amat theheheheeee...

Cicak bersarang Yong? Sabo je la.. cicak sekorga tu ingat dekat sebulan Yong bercoti tu bagaikan setahun gamaknya.

Errr... Teman takut cicak Yong eeeeeeEEEEE....!

a.samad jaafar said...

aik !..kakak teman (kakcik) pun ade sini..hihihi..
adeih...jadi runsing mengenangkan bebudak sekarang..apa2 pun, n3 ini sgt bagus..

Pn. Liza Mahmood said...

Ate a.samad jaafar ni adik beradik le dgn Kakcik gamaknye ye? Sesetengah org lain Mak, lain Pak pun kate deme adik-beradik jg - eh, kite semua umat Muhammad ni bersaudara le aje yg iyenye...

Terima kasih sudi menjengah & berkongsi pendapat... Lain kali jengah2 le lg ye..

ainnoraini said...

salam ziarah...
saye pun ade bace kat metro..kisah ni..

Pn. Liza Mahmood said...

Terima kasih sudi berziarah ainnoraini.

Isu sudah semakin tersebar luas - dulu sembunyi2, sekarang terang-terangan. Apabila sudah tdk ada sifat MALU makanya, perasaan MALU itu hanyalah 4 huruf yg tercatat di atas kertas shj kerana perasaan MAHU sudah menguasai diri.

Semuanya kerana si pelaku melampiaskan nafsu kepada yg mereka MAHU dan bukan yg mereka PERLU. Masih ada masa...

Unknown said...

salam kak liza, effa takut dengan perubahan zaman sekarang, dulu effa pun nakal tapi takde la sampai mcm zaman sekarang ni. lagipun effa tgh preg..takutnya anak nanti terikut2 budaya skng..

Pn. Liza Mahmood said...

Waalaikumussalam Effa,

Terima kasih menjenguk laman K. Liza yg x seberapanya ni.

Ibu yg mengandung mmg selalu memikirkan kandungannya - Waktu Akak mengandung sulong thn 1994 dulu tgh heboh kes sumbang mahram & mendera kanak2 - Kerisauan di hati x payah nak cakaplah... Sampai berdoa yg pelik2 - Alhamdulillah, hingga kini semuanya ok.

Ros said...

Assalammualaikum...

Perbuatan yang terlarang ni semua atas sebab tidak takut kepada Allah SWT. Seperti mereka tak fikir bahawa betapa huru haranya di padang masyhar nanti.

Moga kita senantiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah SWT.

Oh ye....selamat hari wanita...

Pn. Liza Mahmood said...

Waalaikumussalam Kandaku Ros,

Mudah-mudahan, Ameen...

Selamat hari wanita untukmu jua! Wanita terlalu istimewa!

Unknown said...

salam, kak liza,
kak liza jual kurma kan.. effa cari shout box takde. hhehe. nak cari kurma yang sedap2. tgh preg ni elok makan kurma kate orang..

Pn. Liza Mahmood said...

Waalaikumussalam Effa,

Aa'ah Akak x tempek shout box sbb bimbang x terlayan, tp blh e-mail/call/sms kat Akak.

Yg Akak jual ni Kurma Mariami Gred A - merupakan pilihan majoriti pelanggan & yg paling akak suka sbb x keras sgt, x lembik & x melekit.

Mmg sgt baik utk Ibu & kandungan - penuh dgn nutrien yg diperlukan tau.. cer rasa... cer rasa...

Anonymous said...

smti

Zulfadly said...

Salam Kak Liza,
salam kenal,
pasal isu ni, memang dah jadi trend, budaya gay dimana2 ada, saya mempunyai ramai kawan yg begitu, ada yg lembut, ada yg lelaki macho, bila tanyer kenapa buat mcm ni, sebabnya, konpem x mengandung, x yah susah2, yg penting, iman, kena pandai jaga diri

Pn. Liza Mahmood said...

Waalaikumussalam Sam Isma & Zul,

Terima kasih menjengah blog K. Liza.

Sebagai kawan, nasihatlah kawan-kawan yang terlibat tu. Katakan "saya ambil tahu hal awak sbb awak kawan saya, sbb saya sayangkan awak" Kita kwn2 x mo lawan...